teman blogger

Follow by Email

Nov 18, 2015

Trip to Marang, Terengganu

Assalamualaikum wbt.....(THIS UPDATE GONNA BE THE LONGEST POST EVER!! hahaa)

New post !! new post !! hahaaaaa
Alhamdulillah manage to update something here. Rindu my blog tak pasal. hahahaa
Macam biasalah tengah waktu waktu hectic ni yang banyak gila kerja tengah menunggu giliran untuk disiapkan laaaa baru rasa nak update blog laa nak dengar lagu laa nak karok laa nak basuh baju laa. Selalu macam tu.

Okay lets talk about this trip ! Last weekend my department had a trip to Marang for research survey assignment which each one of us need to find atleast 7 respondents. 7 respondents okayy !! Sepatutnya 6 respondents je tapi disebabkan ramai yang tak pergi. Jadi kerja kami yang pergi ni bertambah ! More than 10 kot yang tak pergi. Tapi takpe madam kata dorg akan dapat assignment lain yg ssh utk ganti yg ni.

So trip ni 3 hari 2 malam and to be honest sangat best !! even ktorg pergi sebab kerja ! tapi serious laaa best sangat. Mungkin sebab aku dapat pergi dengan kawan kawan kot tambah pulak resort depan pantai. Rasa macam pergi bercuti je. Anddddd should I say this as my sweet short escape ? hahahaaa

Ktorg bertolak dari UIA pukul 8.30 pagi on time. Sepatutnya pukul 7.30 tapi biasalahhhhh manusiaaa hahahaa. Aku gerak dari mahallah ke main staircase pun nak dekat pukul 7 da. Da la jalan kaki mau kena tinggal da agaknya kalau bertolak pukul 7.30 hahaaaa. Ada yang kena tinggal okayyy sebab lambat hahhaaa.

Disebabkan the day before ktorg bertolak ada kejadian tanah runtuh dekat highway karak jadi ktorg guna jalan alternative lain, ikut seremban. And perjalanan ambil masa around 9hours jugak laa tambah dgn benti makan lagi nak layan kerenah bebudak ni lagi. Pegi tandas kat rnr pun boleh hilang sampai nak kena orang pergi cari hahaaaa. Sabar je aku.

Sampai2 je kat resort aku da amazed da tengok surrounding dia. Gaya macam org tak pernah tidur resort dpn pantai je. Saje buat perangai nak kena pukul ! hahaha. Apa apa pun tempat dia mmg cantik la. Bilik dia pun okay. Tapi satu yang aku pelik sampai sekarang, kenapa bilik ktorg je yg ada air selalu kenapa bilik org lain kebanyakkannya takde air sampai bilik air ktorg da jadi mcm tandas awam da haaa. hahaa.

1st night after dinner we had some short briefing about the research then abis je briefing ktorg pun pergi melepak tepi pantai. Org sepatutnya berehat after a long journey dalam bas tu tapi ktorg ni yang da memang jenis kaki melepak, this is our opportunity laa  hahaaa. Mana tak nye sepanjang dalam bas makan tidur makan tidur je. Bangun dari tidur je cari makanan lepas tu tengok pemandangan luar sikit then tidur balik. Ulang sampai ktorg reach Terengganu hahaaa. Seronok giler lepak tepi pantai dengar bunyi ombak tengok langit malam yang penuh bintang tu citer pasal kiamat walaupun aku tak dengar hahaa dengan kawan kawan yang tak pernah behave ni. Serious, kalau kat canteen dia ktorg laa paling bising skali duduk ramai ramai bergelak sakan macam ktorg je ada dekat situ. Orang lain semua tu macam patung je hahaaa.

2nd day around pukul 8 lebih pukul 9 gitu ktorg da kena gather and start separate ikut each other punya kampung yg da di assign kan. Cuaca time tu tak payah citer lah panas berdengkang ya Rabbi ! Ktorg expect hujan atau mendung kot. Ktorg siap standby raincoat dengan payung lagi. Tak sangka Terengganu panas macam ni. Supposedly da start hujan da. Tapi we still teruskan our program laa. Walaupun panas tetap gigih pegi ketuk satu satu rumah cari respondents. I can say this is the hardest work ever !! Susah gila nak dapat respondents even 1 ! But this is new experience and sweet memory to remember laa. Lepas ni boleh cerita dekat anak anak ehh ! hahhaaaa. Seriously, when we had a break for lunch and zuhur seriously ktorg nak give up da kott. Penat dia tak payah cakap ! sebab aku pun baru dapat 2 respondents je time tu ada lagi 5 respondents nak kena cari. Tapi at last we managed to finish it ! So lepas abis je interview penduduk kampung kat situ aku terus pegi tepi pantai amik angin. Time ni memang aku da berpecah dengan my groupmates. Tak jumpa dorg langsung.

Then balik bilik semua plan dengan groupmates nak mandi laut sebab ktorg tanya dekat org resort tu dgn org kampung dorg kata waktu tu mmg sangat sesuai kalau ktorg nak mandi. Jadi bertambah lah excited ktorg nak mandi. And this is our sad story laaaa. Konon nak jadi bdk baik and skema and sebab takut kena kecam ktorg amik keputusan utk call one of our lecturers yg join trip ni to ask her permission nak mandi laut. Skali mdm kata no. So ktorg pun dgn kecewanya stay je la kt bilik. Dan ktorg pun taktahu kenapa ktorg tak stay je depan pantai tu amik angin even tak boleh mandi skali pun. Padahal aku da terfikir kot nak ajak my groupmates pegi duduk tepi pantai tapi tak terkeluar ayat tu dari mulut. Tak tahu kenapa. Last2 one of my roomates dekat resort tu tanya "korg tak pegi pantai ke? Akak baru balik pantai ni. Ramai yg mandi laut" and ktorg pun "WHATTTTT???? RAMAI MANDI LAUT???" kau kecewa tak bila dengar ? Dia punya perasaan time tu rasa macam nak pegi maki orang and meraung kuat kuat. Sedih kott. Ktorg terlepas that opportunity utk mandi laut ! Ktorg menyesal giler kott tak pergi pantai time tu. Nak pegi lepas kakak tu cakap mmg tak sempat da sebab da nak kena siap utk dinner malam tu. One of my friends which is my groupmate menangis kottt bila dengar sebab tak dapat mandi laut. Dia punya teringin tu mendalam betul. Sebab last dia mandi laut darjah 2. Bayang laa dia punya da lama tu tak mandi laut. Memang sedih laa dia dengar. Aku pun last pegi pantai form5 kott. Sama je menyedihkan. Jadi malam tu ktorg plan nak duduk tepi pantai lagi sama sama lepak macam 1st night tu. And we plan next morning nak mandi laut and tgk sunrise sesama before we go back to IIUM. Fuhhh sweet memory beb kalau dapat tu !

Tapi lps abis je dinner mdm announced nak pegi KT buat short trip to Krystal Mosque. At first ktorg mcm taknak pegi sbb nak duduk tepi pantai tapi disebabkan ramai drpd members ktorg tak pernah pegi lagi kan Krystal Mosque tu termasuklah aku jadi ktorg pun ikut je la short trip tu. Sebenarnya ktorg ingatkan wajib semua org pegi. Rupanya ada je yg tak pegi. Choiiii ! Sepanjang dlm bas tu ada something yg member member aku buat lawak. Ada yang jadi lalat laaa konon harmoni laa nyanyi tu hahaaaa maklumlah member artis macam ni laaa (statement riak! hahaaa) Sumpah tak boleh lupa part lalat tu! hahaaaaaaaaaaa. Aku akan ingat sampai bebila ! hahaa. Then balik dari short trip tu dan disebabkan da plan nak tgk sunrise esoknya ktorg pun packing barang siap2 sbb takut tak sempat kalau nak packing esok. Lepas tu memang terus bammm zzzzzzzzz wehhh ! Penat seharian berjalan satu kampung kannn. Sampai muka aku burn kott. Bertambah gelap muka aku yang da memang sedia gelap ni hahaaa.

Then 3rd day, which is our last day kat situ, we supposedly bangun awal and see the sunrise sama sama kan pagi tu buttttttttttt end up we are in bed still tidur and bangun lambat !! Penat punya pasal and plus hujan pulak malam tu lagi laaa mengundang ! Sedar sedar da pukul 7 kot ! Ktorg kena gather and check out pukul 7.30. Banyangkan punya rushing ktorg time tu nak bangun mandi. Da la ada 5 orang dalam bilik tu and semua semua terbabas bangun lambat ! Sunrise pun entah kemana da. Sedih gila. But lepas breakfast tu ktorg mmg curi jugak sikit masa sebelum naik bas utk tangkap gmbr sikit tepi pantai before balik UIA. Berlari lari lepas tu pegi naik bas and ofcourse we are the last one yg naik bas hahaaaaa. Rebel kan ! Sedih laa nak tinggalkan Marang, resort especially pantai. I miss that time. Gonna be one of  my sweet memories !

Before bertolak balik tu dapat la jugak ktorg singgah kilang keropok ikan keping tu. Then supposedly ktorg terus balik UIA but then being a rebellious one our bus melencong pegi KT Pasar Payang ! hahaaa. Other 2 buses memang da bertolak balik da time tu. Maklumlah 2 busses tu ada lecturers dalam tu bas ktorg ada lecturer jugak tapi yang sekepala dengan ktorg yg ikut je cakap ktorg ni haa hahaaaa. Atlast mdm kat other 2 buses dapat tahu jugak apa lagi kena bebel laaa. Hahahaa. Tapi quite awal laaa jugak ktorg sampai UIA. Bertolak dari KT pukul 12 sampai UIA pukul 5 lebih kott. Berapa jam je. Tambah dengan benti makan solat semua. Bape kali benti. Tak tahu nak cakap bas bawak laju ke apa tapi aku rasa bas tu bawak biasa je. Entah laa. Anyway ktorg da selamat sampai UIA and da dua hari pun berlalu, Serious rinduuuuuuuuuuuuuu TT

Here i share the pictures that we managed to take.


 my resort... Angullia House Resort.

the rooms.....rasa macam suasana kampung sangat.

my groupmates yang super duper tak behave ! Dafi, Kodi, Nona and Anis.
Dafi is an international student from Indonesia. 


Haaa ni laaa member member aku yang tak pernah nak behave ni.
Lawak nak matteyy mereka ni hahahaaa.

My team yang dapat kampung yang sama. Kampung Rhu Muda.
My Comm Theory classmates.


Pantaiiiiiiiiii. Seberang je tu Pulau Kapas ea !

Nampak tak dorang ni memang tak behave !
From left Saufi, Ajwad, Kodi, Nona, Me and Yong.
At the back yang nampak sangat sangat masuk air tu
 Azid namanya hahahaaaaaaaaaa.

We !! infront of Krystal Mosque. 
Bergambar macam photoshoot punya pasal sampai tak 
sempat nak pergi dekat dekat.


Thats it yang sempat dirakamkan. Ohhh one of the representative from Kampung Rhu Muda yang ktorg incharge tu dia invite ktorg pegi Pulau Kapas and ktorg boleh dapat diskaun kalau pegi ramai ramai. Jadi dia ajak la ktorg dtg lagi. Sebab dia pun seronok kot layan ktorg yang masuk air ni. Ahhhhh seriously nak ikut kalau dorg plan nak pegi Pulau Kapas tu. Harap dapat permission dari ibu ayah. Pleaseeeeeeeeeeee. I miss beach so muchhhhhhhh TT

Seriously this gonna be my sweet memories ever ! Gonna remember this forever !
Sorry la post kali ni panjang sangat sangat. Next post taktahu bilakan. Jadi kita sajikan dekat story aku ni yang macam syok sendiri hahaaaaaa
Bye Assalamualaikum.

Jun 29, 2015

Resepi sambal goreng ikan cencaru

Assalamualaikum wbt
Harini nak kongsi resepi ikan cencaru masak sambal goreng. Kat kedai tak dapat macam ni. Ini la masakan ibu yang paling aku fav !

Bahan-bahan:
Ikan cencaru
Bawang merah/kecil 5 6 ulas
Cili giling

Cara-cara:
Mula mula goreng ikan macam biasa. Sambil sambil tu hiris bawang sampai habis.
Siap goreng ikan, goreng bawang yang da dihiris tadi tu sampai hampir garing.
Lepas tu masukkan cili giling tadi dalam kuali sekatakan dengan bawang tadi. Haaa kacau sampai sebati.
Lepas tu kacau laa sambal tu sampai garing. Jangan sampai hangus sudah.
Da garing sambal tu masukkan garam secukup rasa then last sekali masukkan ikan yang da digoreng tadi. Siappppp. Mudah sahaja.
Tapi nak tunggu sambal garing tu masyaAllah lama sungguh.

Sorry gambar tak berapa nak menarik. Hahaha

Seriously kat kedai tak jumpa macam ni. And ofcourse lah aku masak tak sama sangat macam ibu masak.
Kena praktis lagi. Ini pun dengan bantuan.
Salam Ramadhan.

Jun 8, 2015

End of 2nd Year 1st Sem

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah.. Akhirnya habis jugak paper akhir yang tersangatlah lama gapnya sampai mood nak study tu x muncul sehinggalah masuk dewan exam. Sebenarnya takdelah lama mana pun gapnya tapi mungkin sebab itu adalah hari yang terakhir exam sebab tu kut rasa macam xde semangat. Perasaan time tu cuma nak balik rumah jumpa family je sangat sangat.
Alhamdulillah disaat aku menulis ini, aku sedang berada di klia utk pergi menunaikan umrah dengan keluarga. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan buat aku dan keluarga utk datang jejakkan kaki di tanah suci itu.
Doakan kami selamat sampai dan dimudahkan urusan umrah ziarah sepanjang disana.
Buat kawankawan di uia, selamat bercuti ! Jumpa lagi dalam masa 3 bulan akan datang buat yang tak ambil shortsem dan bagi yang ambil mari kita jumpa !

Jun 3, 2015

my 2nd year 1st sem is about to end....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru je lepas paper killer pagi tadi. Ya Allah punya cuak dan takutnya dengan paper ni. Sebab CAM apak teruk giler. Lepas tu sebelum pegi exam dapat tahu pulak markah utk assignment Sir da masukkan. Perghh lagi laa takut giler.

Tapi apa apa pun Alhamdulillah soalan tak sesusah yang dijangka. Gigih laa jugak ktorg study past year questions dan tgk semua susah rasa mcm nk nangis da.

Satu je nak cakap, terima kasih kawan kawan sebab sudi duduk bersama sama berbincang terangkan dan menelaah bersama sama topik topik yang agak sukar utk faham. Dan semuanya sangat membantu. Terima kasih bebanyak dengan seharian suntuk di library bersama nota nota yang kemain kreatif memasing. Bermanfaat sangat. Next sem jom buat lagi. Rasa macam utk semua subjek comm kita memang perlu duduk bersama sama macam ni. Baru faham sikit semua topik topik.

Terima kasih sebab banyak tolong. Bagi yg da habis exam tu silalah tarik beg balik rumah. Jangan stay lagi dlm uia ni sbb wifi ktorg nk pakai. Hahahaa. Selamat pulang ke rumah dan selamat bercuti korang. Jumpa time shortsem bagi yg amik dan jumpa lagi dlm 3bulan akan datang bagi yg tak amik shortsem.

Doakan aku disini yang masih ada berbaki satu paper lagi hari ahad ni. Hari terakhir exam tau ! petang lagi pulak tu. Hmmm redho je la.

Selamat bercutiiiiii

May 26, 2015

blog edited

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah blog da di edit sedikit laaa.
Mana mungkin aku padam segalanya kerana semua itu adalah kenangan yang tak mungkin dapat dipadam.
Cumanya yang terasa seperti terlalu keanak-anakan haruslah dipadam kerana tidak manis dipertontonkan. Hahaaa
Budak-budak pramatang sangat dulu. Bila baca balik pun rasa macam tak percaya itu aku yang dulu.
Tapi aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Haha (abaikan kegilaanku diwaktu begini)

Apa apa pun di saat ini aku dan kawan kawan masih bergelumang dengan kertas kertas yang memerlukan pengerahan otak dan tenaga yang maxima iaitu final exam. Doakan kami semoga tenang menghadapi segalanya walaupun sesetengah hanya mampu dipandang kosong dengan harapan jawapan keluar sendiri diatas kertas kertas kosong tu. Epik sangat.
Bittaufiq wannajah semua!! InsyaAllah lagi beberapa paper je kita boleh !

#dalamproseskembalikezamanblogger #tapitakjaminbolehupdateselalu #akubusyorangnya #kautahuapa #marilahkitastudy #bittaufiqwannajahfilimtihan #akudansahabat



Sebenarnya nak update pasal video short film "abandon" kami tu tapiiiiiiii ada sedikit masalah teknikal yang berlaku jadinya bila segalanya kembali normal akan ditebarkan ceritanya disini. Tunggu je laa. Mohon doakan segalanya dipermudahkan.

May 23, 2015

Comeback ?????

Assalamualaikum WBT.
 Lama tak update kat blog sampai lupa yg ada blog sebenarnya. Rindu pulak zaman rajin berblog dedulu. Banyak yg nak di update sebenarnye lelagi kehidupan sebagai seorang student ni. Takpelah lain kali ada masa kita update.

Tengah musim final exam sebenarnya ni. Dan esok ada paper okayyy !! Gigih sungguh bukak blog waktu waktu gini. Doakan paper esok dan seterusnya boleh jawab dengan mudah. Amminnn. Goodluck buat diri sendiri dan kengkawan semua. Bittaufiq wannajah !

Sekian.