teman blogger

Jun 29, 2015

Resepi sambal goreng ikan cencaru

Assalamualaikum wbt
Harini nak kongsi resepi ikan cencaru masak sambal goreng. Kat kedai tak dapat macam ni. Ini la masakan ibu yang paling aku fav !

Bahan-bahan:
Ikan cencaru
Bawang merah/kecil 5 6 ulas
Cili giling

Cara-cara:
Mula mula goreng ikan macam biasa. Sambil sambil tu hiris bawang sampai habis.
Siap goreng ikan, goreng bawang yang da dihiris tadi tu sampai hampir garing.
Lepas tu masukkan cili giling tadi dalam kuali sekatakan dengan bawang tadi. Haaa kacau sampai sebati.
Lepas tu kacau laa sambal tu sampai garing. Jangan sampai hangus sudah.
Da garing sambal tu masukkan garam secukup rasa then last sekali masukkan ikan yang da digoreng tadi. Siappppp. Mudah sahaja.
Tapi nak tunggu sambal garing tu masyaAllah lama sungguh.

Sorry gambar tak berapa nak menarik. Hahaha

Seriously kat kedai tak jumpa macam ni. And ofcourse lah aku masak tak sama sangat macam ibu masak.
Kena praktis lagi. Ini pun dengan bantuan.
Salam Ramadhan.

Jun 8, 2015

End of 2nd Year 1st Sem

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah.. Akhirnya habis jugak paper akhir yang tersangatlah lama gapnya sampai mood nak study tu x muncul sehinggalah masuk dewan exam. Sebenarnya takdelah lama mana pun gapnya tapi mungkin sebab itu adalah hari yang terakhir exam sebab tu kut rasa macam xde semangat. Perasaan time tu cuma nak balik rumah jumpa family je sangat sangat.
Alhamdulillah disaat aku menulis ini, aku sedang berada di klia utk pergi menunaikan umrah dengan keluarga. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan buat aku dan keluarga utk datang jejakkan kaki di tanah suci itu.
Doakan kami selamat sampai dan dimudahkan urusan umrah ziarah sepanjang disana.
Buat kawankawan di uia, selamat bercuti ! Jumpa lagi dalam masa 3 bulan akan datang buat yang tak ambil shortsem dan bagi yang ambil mari kita jumpa !

Jun 3, 2015

my 2nd year 1st sem is about to end....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru je lepas paper killer pagi tadi. Ya Allah punya cuak dan takutnya dengan paper ni. Sebab CAM apak teruk giler. Lepas tu sebelum pegi exam dapat tahu pulak markah utk assignment Sir da masukkan. Perghh lagi laa takut giler.

Tapi apa apa pun Alhamdulillah soalan tak sesusah yang dijangka. Gigih laa jugak ktorg study past year questions dan tgk semua susah rasa mcm nk nangis da.

Satu je nak cakap, terima kasih kawan kawan sebab sudi duduk bersama sama berbincang terangkan dan menelaah bersama sama topik topik yang agak sukar utk faham. Dan semuanya sangat membantu. Terima kasih bebanyak dengan seharian suntuk di library bersama nota nota yang kemain kreatif memasing. Bermanfaat sangat. Next sem jom buat lagi. Rasa macam utk semua subjek comm kita memang perlu duduk bersama sama macam ni. Baru faham sikit semua topik topik.

Terima kasih sebab banyak tolong. Bagi yg da habis exam tu silalah tarik beg balik rumah. Jangan stay lagi dlm uia ni sbb wifi ktorg nk pakai. Hahahaa. Selamat pulang ke rumah dan selamat bercuti korang. Jumpa time shortsem bagi yg amik dan jumpa lagi dlm 3bulan akan datang bagi yg tak amik shortsem.

Doakan aku disini yang masih ada berbaki satu paper lagi hari ahad ni. Hari terakhir exam tau ! petang lagi pulak tu. Hmmm redho je la.

Selamat bercutiiiiii