teman blogger

May 26, 2015

blog edited

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah blog da di edit sedikit laaa.
Mana mungkin aku padam segalanya kerana semua itu adalah kenangan yang tak mungkin dapat dipadam.
Cumanya yang terasa seperti terlalu keanak-anakan haruslah dipadam kerana tidak manis dipertontonkan. Hahaaa
Budak-budak pramatang sangat dulu. Bila baca balik pun rasa macam tak percaya itu aku yang dulu.
Tapi aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Haha (abaikan kegilaanku diwaktu begini)

Apa apa pun di saat ini aku dan kawan kawan masih bergelumang dengan kertas kertas yang memerlukan pengerahan otak dan tenaga yang maxima iaitu final exam. Doakan kami semoga tenang menghadapi segalanya walaupun sesetengah hanya mampu dipandang kosong dengan harapan jawapan keluar sendiri diatas kertas kertas kosong tu. Epik sangat.
Bittaufiq wannajah semua!! InsyaAllah lagi beberapa paper je kita boleh !

#dalamproseskembalikezamanblogger #tapitakjaminbolehupdateselalu #akubusyorangnya #kautahuapa #marilahkitastudy #bittaufiqwannajahfilimtihan #akudansahabat



Sebenarnya nak update pasal video short film "abandon" kami tu tapiiiiiiii ada sedikit masalah teknikal yang berlaku jadinya bila segalanya kembali normal akan ditebarkan ceritanya disini. Tunggu je laa. Mohon doakan segalanya dipermudahkan.

No comments: