teman blogger

Jun 29, 2015

Resepi sambal goreng ikan cencaru

Assalamualaikum wbt
Harini nak kongsi resepi ikan cencaru masak sambal goreng. Kat kedai tak dapat macam ni. Ini la masakan ibu yang paling aku fav !

Bahan-bahan:
Ikan cencaru
Bawang merah/kecil 5 6 ulas
Cili giling

Cara-cara:
Mula mula goreng ikan macam biasa. Sambil sambil tu hiris bawang sampai habis.
Siap goreng ikan, goreng bawang yang da dihiris tadi tu sampai hampir garing.
Lepas tu masukkan cili giling tadi dalam kuali sekatakan dengan bawang tadi. Haaa kacau sampai sebati.
Lepas tu kacau laa sambal tu sampai garing. Jangan sampai hangus sudah.
Da garing sambal tu masukkan garam secukup rasa then last sekali masukkan ikan yang da digoreng tadi. Siappppp. Mudah sahaja.
Tapi nak tunggu sambal garing tu masyaAllah lama sungguh.

Sorry gambar tak berapa nak menarik. Hahaha

Seriously kat kedai tak jumpa macam ni. And ofcourse lah aku masak tak sama sangat macam ibu masak.
Kena praktis lagi. Ini pun dengan bantuan.
Salam Ramadhan.

Jun 8, 2015

End of 2nd Year 1st Sem

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah.. Akhirnya habis jugak paper akhir yang tersangatlah lama gapnya sampai mood nak study tu x muncul sehinggalah masuk dewan exam. Sebenarnya takdelah lama mana pun gapnya tapi mungkin sebab itu adalah hari yang terakhir exam sebab tu kut rasa macam xde semangat. Perasaan time tu cuma nak balik rumah jumpa family je sangat sangat.
Alhamdulillah disaat aku menulis ini, aku sedang berada di klia utk pergi menunaikan umrah dengan keluarga. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan buat aku dan keluarga utk datang jejakkan kaki di tanah suci itu.
Doakan kami selamat sampai dan dimudahkan urusan umrah ziarah sepanjang disana.
Buat kawankawan di uia, selamat bercuti ! Jumpa lagi dalam masa 3 bulan akan datang buat yang tak ambil shortsem dan bagi yang ambil mari kita jumpa !

Jun 3, 2015

my 2nd year 1st sem is about to end....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru je lepas paper killer pagi tadi. Ya Allah punya cuak dan takutnya dengan paper ni. Sebab CAM apak teruk giler. Lepas tu sebelum pegi exam dapat tahu pulak markah utk assignment Sir da masukkan. Perghh lagi laa takut giler.

Tapi apa apa pun Alhamdulillah soalan tak sesusah yang dijangka. Gigih laa jugak ktorg study past year questions dan tgk semua susah rasa mcm nk nangis da.

Satu je nak cakap, terima kasih kawan kawan sebab sudi duduk bersama sama berbincang terangkan dan menelaah bersama sama topik topik yang agak sukar utk faham. Dan semuanya sangat membantu. Terima kasih bebanyak dengan seharian suntuk di library bersama nota nota yang kemain kreatif memasing. Bermanfaat sangat. Next sem jom buat lagi. Rasa macam utk semua subjek comm kita memang perlu duduk bersama sama macam ni. Baru faham sikit semua topik topik.

Terima kasih sebab banyak tolong. Bagi yg da habis exam tu silalah tarik beg balik rumah. Jangan stay lagi dlm uia ni sbb wifi ktorg nk pakai. Hahahaa. Selamat pulang ke rumah dan selamat bercuti korang. Jumpa time shortsem bagi yg amik dan jumpa lagi dlm 3bulan akan datang bagi yg tak amik shortsem.

Doakan aku disini yang masih ada berbaki satu paper lagi hari ahad ni. Hari terakhir exam tau ! petang lagi pulak tu. Hmmm redho je la.

Selamat bercutiiiiii

May 26, 2015

blog edited

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah blog da di edit sedikit laaa.
Mana mungkin aku padam segalanya kerana semua itu adalah kenangan yang tak mungkin dapat dipadam.
Cumanya yang terasa seperti terlalu keanak-anakan haruslah dipadam kerana tidak manis dipertontonkan. Hahaaa
Budak-budak pramatang sangat dulu. Bila baca balik pun rasa macam tak percaya itu aku yang dulu.
Tapi aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Haha (abaikan kegilaanku diwaktu begini)

Apa apa pun di saat ini aku dan kawan kawan masih bergelumang dengan kertas kertas yang memerlukan pengerahan otak dan tenaga yang maxima iaitu final exam. Doakan kami semoga tenang menghadapi segalanya walaupun sesetengah hanya mampu dipandang kosong dengan harapan jawapan keluar sendiri diatas kertas kertas kosong tu. Epik sangat.
Bittaufiq wannajah semua!! InsyaAllah lagi beberapa paper je kita boleh !

#dalamproseskembalikezamanblogger #tapitakjaminbolehupdateselalu #akubusyorangnya #kautahuapa #marilahkitastudy #bittaufiqwannajahfilimtihan #akudansahabat



Sebenarnya nak update pasal video short film "abandon" kami tu tapiiiiiiii ada sedikit masalah teknikal yang berlaku jadinya bila segalanya kembali normal akan ditebarkan ceritanya disini. Tunggu je laa. Mohon doakan segalanya dipermudahkan.

May 23, 2015

Comeback ?????

Assalamualaikum WBT.
 Lama tak update kat blog sampai lupa yg ada blog sebenarnya. Rindu pulak zaman rajin berblog dedulu. Banyak yg nak di update sebenarnye lelagi kehidupan sebagai seorang student ni. Takpelah lain kali ada masa kita update.

Tengah musim final exam sebenarnya ni. Dan esok ada paper okayyy !! Gigih sungguh bukak blog waktu waktu gini. Doakan paper esok dan seterusnya boleh jawab dengan mudah. Amminnn. Goodluck buat diri sendiri dan kengkawan semua. Bittaufiq wannajah !

Sekian.

Feb 1, 2014

Official IIUM Undergraduate Student !!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, da di isytihar sebagai uia gombak student ! Fuhh ! mcm ape je ! hahaaa. Selesai da tawe2014 semalam. Tapi letihnye tak hilang lagi. So far ni ok. Mahallah pun even jauh tapi still selesa alhamdulillah. Cuma roomate nye xtau sape sampai skarang walaupun da ada brg2 nye tapi tuan xmuncul2. Hmm xpe xpe kita tgk ahad ni cemane.

Fuhh nebes nye nk start klas da isnin ni. Heharap x sesat laa. Nak buat add drop lgi. Mohon dipermudahkan. Tapi bukan tu yg aku risau sekarang ni, yg buat risaunya can i make it till the end ? Ya Allah tolong la permudahkan perjalanan ku sebagai seorang student kat uia ni. Hmm org lain boleh buat kenapa tak kita kan ? So, believe in yourself ! Pasti boleh !


Ok next story lain kali kita citer !
p/s: Sedih xdpt nak duduk sesame dgn my ex-roomies kodi, putri and anis. Mahallah xsame & jauh katekan T.T

Dec 18, 2013

offer letter

Assalamualaikum wbt

hee lamenye x update blog..lupa pulak dgn kewujudan blog ni..huhu
okok back to the topic about the offer letter..Alhamdulillah da terima official online offer letter from Academic Admission IIUM Gombak..I'm officially a Bachelor of Human Science (Communication)(honours) bersyukur sesangat dpt tawaran course seperti yg diminta..walaupun berkaitan mahallah agak sedikit mengecewakan tapi cuba untuk terima dgn redha..pasti ada hikmahnya..ya, aku pasti ! ok..even aku da dpt offer letter tu but mostly my friends didnt get it yet and its kinda bothered and worried me some..hmmm what happen act ea ? tarikh kluar offer letter da lps da tpi still mcm tu..nk kate ada sangkut memane paper xde..saman pown xde..pelik betul..uia suka buat surprise kt student..hmmm bersabar je laa...nak deal dgn system U ni mmg parah sikit..kena bebanyak bersabar.

ok after this my loooong journey will be tougher and harder than before so need to be prepare mentally and physically..hmm kena start buka buku sesikit ni..da x ingt sgt ape yg aku blaja time kat cfs tu..hahaa yela aku cuti otak pun sebok nk cuti..nk ckp psl mahallah nie..sedih betul bile dpt tahu antara aku & roomate2ku hanya aku sorg je yg tercampak jauh nun..dorg sume dpt mahallah same aku je yg lain..planned dulu tu automatic cancelled ! i cant join them, what a sad news ! hahaa but anis suruh call uia mintak tuka mahallah..tapiiiiiii uia nk layan ke ? bab2 nie dorg pandang sebelah mata je..ada yg ckp thn 2 nnti baru bole tuka..hmmm..da la mahallah tu gabung dgn brothers..tu yg xsedap dgr tu ! klau ayah tau tu mmg dy suruh mintak tuka..even when i did some research i didnt heard any bad things about the mahallah..bilik pun agak privacy sikit...hmm xtau nk buat mcm mne..sesape ada pengalaman tukar mahallah heharap boleh share..nk tw jugak procedure mcm mne..hehe

bile da dpt offer letter nie memacam kena fikir, division subject2 per sem, pinjaman biasiswa, lecturers yg nk kne assign..memacam lgi laa..sape roomate ngn classmate nnti la fikir..walaupun agak risau jugak...tpi mls nk fikir..janji dpt lecturers ok pun da cukup bersyukur da..

apa2 pun lets get through it with du'a and tawakal...insyaAllah Allah bantu..lets get through it together my friends ! we will ! i know we will ! Good luck for u guys and for me ^^

p/s: to my friends, dont worry too much about the offer letter, i know u guys will get what u deserve ! klau x dpt jugak call je UIA...lgipun duedate dy 27hb ^^